Thursday, November 17, 2011

Tugasan Minggu ke-2 (C/LMS)

Assalamulaikum pembuka blog..
Untuk tugasan pada kali in ialah mencari dan meneroka tentang C/LMS iaitu Course/Learning Managment System/ Sistem Pergurusan Pembelajaran.Tugasan kali ini memberi peluang kepada saya untuk mengetahui tentang salah satu aplikasi pendidikan yang digunakan pada masa sekarang. Terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan akan kita perolehi sekiranya menggunakan sistem tersebut.





C/LMS merupakan salah satu aplikasi yang digunakan di dalam sistem pendidikan di Malaysia. C/LMS iaitu Course/Learning Managment System/ Sistem Pergurusan Pembelajaran memberi pelbagai kemudahan kepada penggunanya. Sistem ini juga membantu dalam sesi pembelajaran dan pengajaran terutamanya di institut pengajian tinggi awam atau swasta. Sebagai contoh di UKM turut menggunkan sistem tersebut yang dikenali sebagai SPIN iaitu sistem pengajaran dan pembelajaran interaktif pelajar. Pihak kerajaan turut berusaha dalam menyiapkan projek C/LMS ini untuk digunakan pada setiap sekolah yang terdapat di Malaysia. Terdapat 4 jenis Open Source Software untuk C/LMS iaitu:-
  • E-Tutor
  • Interact
  • Internet Course Reader
  • SPIN
Bagi penggunaan SPIN di UKM, warga UKM terutamanya pelajar dan pensyarah diwajibkan untuk mendaftar SPIN bagi mendapatkan kata laluan masing- masing. Mereka hanya perlu mendaftar di SPIN dengan masuk ke laman web yang telah disediakan iaitu  http://www.spin.ukm.my/. Setelah mendaftar, mereka perlu menunggu selama 24 jam untuk mendapatkan kata laluan tersebut. Setelah mendapat kata laluan tersebut,para pengguna boleh menggunakan semua kemudahan yang terdapat pada sistem tersebut. Dengan penggunaan C/LMS ini para pelajar dapat memuat turun nota-nota kuliah yang telah dimasukkan oleh lecturer masing-masing dengan begitu mudah sekali. Para pensyarah turut boleh memasukan sebarang nota kuliah dan tugasan yang ingin diberikan kepada para pelajar pada bila-bila masa tanpa perlu mengadakan perjumpaan bersama pelajar. Hal ini dapat memudahkan para pelajar dan pensyarah sekaligus dapat menjimatkan masa masing-masing. Para pelajar juga boleh menghantar tugasan masing dengan upload ke dalam sistem dengan mengikut kod kursus masing-masing tanpa perlu terkejar-kejar untuk ke fakulti semata-mata untuk menghantar tugasan. Para pelajar juga memuat turun sebarang bahan pembelajaran multimedia yang telah di upload oleh pensyarah masing-masing seperti bahan yang berbentuk audio atau video. Selain itu, para pelajar turut boleh mencari kursus yang ditawarkan oleh fakulti masing-masing dan juga boleh menambah atau mengugurkan sebarang kursus yang dikehendaki. C/LMS seperti SPIN turut memberi kemudahan kepada para pensyarah untuk membuat sebarang hebahan atau pemberitahuan kepada para pelajar tentang apa sahaja perkara seperti tentang penukaran waktu kelas atau tarikh akhir untuk menghantar tugasan. Antara kelebihan yang terdapat didalam C/LMS / SPIN :-

  • memudahkan para pelajar mengakses nota kuliah daripada pensyarah contohnya melalui SPIN yang merupakan alat komunikasi media elektronik.
  • memudahkan para pensyarah untuk mengupload nota-nota kuliah melalui penggunaa SPIN yang merupakan salah satu daripada sistem C/LMS.
  • memudahkan para pelajar untuk berkomunikasi bersama dengan tenaga pengajar, contohnya SPIN WEB UKM menyediakan alat komunikasi seperti chat, email dan discussion board.
  • Pihak pengurusan dan tenaga pengajar universiti contohnya boleh membuat pengumuman penting melalui SPIN.
  • SPIN turut memuatkan kalendar di mana para pelajar dapat mengetahui aktiviti atau tarikh-tarikh penting yang melibatkan fakulti. 
Selain itu, dalam SPIN WEB UKM juga terdapat kod kursus, set kursus, sesi/semester serta tajuk kursus yang diambil. Di dalam SPIN juga terdapat view course dan dibawah view course terdapat course profile dan di dalam courses profile terdapat juga course info dan di course outline para pelajar boleh melihat performa kursus yang di 'upload' oleh para pensyarah. SPIN UKM juga mengandungi tutorials,launch learning object,model question,references,quiz center,communication,chat,email,discussion board,my task-assigment dan my group serta fast download-lecturer notes dan tutorials. Paparan diatas menunjukkan beberapa jenis C/LMS yang digunakan sekarang.  ^__^  ()

Wednesday, November 16, 2011

Perbezaan antara Yahoo! mail dan Yahoo! group.

Yahoo mail merupakan perkhidmatan emel yang berasaskan 'web' iaitu (webmail). Servis yang disediakan oleh Yahoo ini telah dilancarkan pada tahun 1997, dan menurut comscore Yahoo mail juga merupakan 'web based e-mail' yang kedua terbesar. Yahoo memperkenalkan pengiriman emel yang tidak mempunyai had kepada pengunanya. Para pengguna boleh menghantar emel kepada sesiapa sahaja tanpa dikenakan sebarang had oleh Yahoo.Yahoo mail digunakan apabila penghantar ingin menghantar email terus kepada pengirim.Yahoo mail juga dikatakan lebih bersifat peribadi berbanding dengan yahoo groups kerana email hanya dapat dibaca oleh penerima sahaja. Hal ini demikian kerana Yahoo mail dapat dijadikan lebih peribadi antara 2 pihak sahaja.
Manakala Yahoo groups pula merupakan koleksi perbincangan terbesar di dunia, iaitu perbincangan menerusi internet atau maya sahaja. Yahoo group akan digunakan apabila sesebuah kumpulan yang telah ditubuhkan ingin membuat sebarang pebincangan dengan lebih cepat dan mudah.Setiap ahli mampu memberikan pandangan mereka dan 'post' kepada ahli kumpulan mereka, dengan ini setiap ahli kumpulan mereka dapat membaca idea yang telah dicadangka dan dapat memberi pendapat masing-masing. Mesej kumpulan tersebut boleh dibaca dan 'post' oleh emel atau laman sesawang kumpulan (group webpage) seperti 'web forum'. Setiap ahli boleh memilih untuk menerima mesej secara individu atau baca mesej tersebut di 'group post' di laman sesawang kumpulan. Yahoo group juga boleh dibuat untuk bacaan umum atau hanya ahli yang dibenarkan untuk mengakses masuk ke laman sesawang tersebut.   ^__^ ()

Pengenalan Perbezaan antara Yahoo! mail dan Yahoo! group.

Assalamualaikum pemuka blog..

Pada minggu yang seterusnya saya ditugaskan untuk mencari dan meneroka tentang perbezaan antara Yahoo! mail dan Yahoo groups. Tugasan ini memberikan saya banyak pendedahan dan maklumat tentang penggunaan dan fungsi Yahoo! mail dan Yahoo! groups itu sendiri. Berikut ialah perbezaan antara Yahoo! mail dan Yahoo! groups yang dapat saya temui. ^__^ ()

Mendaftar Google account dan Blog

Setelah selesai mendaftar Facebook dan Facebook groups, saya mendaftar pula Google account untuk membuat Blog. Klik pada laman web blog dan akan keluar 'blog sign up'. Seterusnya klik pada 'blog sign up' dan akan keluar laman seperti yang dipaparkan diatas. Google account perlu didaftarkan dengan menggunakan email yang telah didaftarkan samada email Yahoo! atau Gmail. Kemudian klik 'continue' untuk membuka akaun blog pula. Kita hanya perlu mengikut langkah-langkah yang telah ditunjukkan dengan baik. Setelah semuanya selesai, kita boleh mula membuat blog  mengikut kehendak masing-masing. ^__^ ()

mendaftar facebook dan facebook groups


Selesai mendaftar akaun Gmail, saya meneruskan tugasan saya dengan mendaftar Facebook atau FB. Facebook akan didaftarkan dengan menggunakan email yang telah didaftarkan antara email Yahoo! atau email Gmail. Kedua-dua email tersebut boleh dijadikan email untuk Facebook. Terdapat beberapa langkah mudah yang perlu dilakukan untuk mendaftarkan Facebook. Pada permulaannya, kita masuk ke laman Facebook dan kemudian penuhkan maklumat yang diperlukan seperti nama dan alamat email. Seterusnya, setelah lengkap semuanya, terus klik pada 'sign up' dan teruskan dengan mengikut langkah-langkah yang akan ditunjukkan nanti.











Setelah selesai mendaftar akaun Facebook, barulah kita boleh membuat kumpulan kita sendiri di dalam Facebook. Facebook groups memberikan kemudahan kepada kita untuk berinteraksi antara ahli kumpulan kita sahaja tanpa melibatkan orang luar. Sesiapa yang ingin menjadi ahli kumpulan, perlu  di 'add' terlebih dahulu. Terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk membuat 'group' yang diinginkan.  
  • Pertama sekali, kita perlu 'sign in terlebih dahulu dan,
  • kemudian klik pada 'Groups' dan akan keluar laman seperti yang dipaparkan diatas.
  • Seterusnya, klik pada 'create groups, dan isikan nama kumpulan yang ingin ditubuhkan dan 'add rakan-rakan yang ingin dijadikan sebagai ahli kumpulan.
  • kemudian klik 'create' dan 'groups' tersebut telah berjaya ditubuhkan.  ^__^  ()

Mendaftar Akaun Gmail.








Setelah selesai mendaftar akaun Yahoo! dan Yahoo! groups saya teruskan dengan mendaftar akaun Gmail pula. Mendaftar akaun Gmail memerlukan saya pergi ke Google.com dan klik pada 'gmail' iaitu pada bahagian atas seperti yang ditunjukan pada paparan paparan diatas. Langkah yang seterusnya ialah :-
  • Selepas klik pada 'gmail' saya terus pergi kepada 'create an account dan klik disitu.
  • Setelah klik, paparan seperti borang maklumat akan keluar dan memerlukan kita untuk mengisi semua maklumat tersebut dengan lengkap.
  • Pada bahagian nama, kita digalakkan untuk menggunakan nama penuh.
  • Begitu juga pada bahagian alamat email. Kita digalakkan untuk menggunakan nama sendiri terutamanya untuk kegunaan rasmi. (memudahkan penerima mengenali penghantar)
  • Kemudian, setelah selesai mengisi semua maklumat yang diperlukan terus klik pada 'I accept. Create my account' .  ^__^ ()




Mendaftar Yahoo! Groups.




Selepas selesai mendaftar akaun Yahoo!, tugasan seterusnya ialah membuat Yahoo! groups. Kita hanya perlu menggunakan email Yahoo! sebagai email Yahoo! groups. Setelah 'sign in' dengan menggunakan email Yahoo! itu tadi, kita terus klik pada 'start your group'. Selepas klik disitu, akan keluar seperti paparan yang diselitkan diatas. Kita perlu pillih 'group' yang ingin ditubuhkan di Yahoo! groups tersebut. Selepas memilih 'group' yang ingin ditubuhkan, kita boleh terus klik pada 'go' dan mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan untuk menyempurnakan akaun Yahoo! groups kita. ^__^ ()