Wednesday, November 16, 2011

mendaftar facebook dan facebook groups


Selesai mendaftar akaun Gmail, saya meneruskan tugasan saya dengan mendaftar Facebook atau FB. Facebook akan didaftarkan dengan menggunakan email yang telah didaftarkan antara email Yahoo! atau email Gmail. Kedua-dua email tersebut boleh dijadikan email untuk Facebook. Terdapat beberapa langkah mudah yang perlu dilakukan untuk mendaftarkan Facebook. Pada permulaannya, kita masuk ke laman Facebook dan kemudian penuhkan maklumat yang diperlukan seperti nama dan alamat email. Seterusnya, setelah lengkap semuanya, terus klik pada 'sign up' dan teruskan dengan mengikut langkah-langkah yang akan ditunjukkan nanti.











Setelah selesai mendaftar akaun Facebook, barulah kita boleh membuat kumpulan kita sendiri di dalam Facebook. Facebook groups memberikan kemudahan kepada kita untuk berinteraksi antara ahli kumpulan kita sahaja tanpa melibatkan orang luar. Sesiapa yang ingin menjadi ahli kumpulan, perlu  di 'add' terlebih dahulu. Terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk membuat 'group' yang diinginkan.  
  • Pertama sekali, kita perlu 'sign in terlebih dahulu dan,
  • kemudian klik pada 'Groups' dan akan keluar laman seperti yang dipaparkan diatas.
  • Seterusnya, klik pada 'create groups, dan isikan nama kumpulan yang ingin ditubuhkan dan 'add rakan-rakan yang ingin dijadikan sebagai ahli kumpulan.
  • kemudian klik 'create' dan 'groups' tersebut telah berjaya ditubuhkan.  ^__^  ()

No comments:

Post a Comment