Yahoo mail merupakan perkhidmatan emel yang berasaskan 'web' iaitu (webmail). Servis yang disediakan oleh Yahoo ini telah dilancarkan pada tahun 1997, dan menurut comscore Yahoo mail juga merupakan 'web based e-mail' yang kedua terbesar. Yahoo memperkenalkan pengiriman emel yang tidak mempunyai had kepada pengunanya. Para pengguna boleh menghantar emel kepada sesiapa sahaja tanpa dikenakan sebarang had oleh Yahoo.Yahoo mail digunakan apabila penghantar ingin menghantar email terus kepada pengirim.Yahoo mail juga dikatakan lebih bersifat peribadi berbanding dengan yahoo groups kerana email hanya dapat dibaca oleh penerima sahaja. Hal ini demikian kerana Yahoo mail dapat dijadikan lebih peribadi antara 2 pihak sahaja.
Manakala Yahoo groups pula merupakan koleksi perbincangan terbesar di dunia, iaitu perbincangan menerusi internet atau maya sahaja. Yahoo group akan digunakan apabila sesebuah kumpulan yang telah ditubuhkan ingin membuat sebarang pebincangan dengan lebih cepat dan mudah.Setiap ahli mampu memberikan pandangan mereka dan 'post' kepada ahli kumpulan mereka, dengan ini setiap ahli kumpulan mereka dapat membaca idea yang telah dicadangka dan dapat memberi pendapat masing-masing. Mesej kumpulan tersebut boleh dibaca dan 'post' oleh emel atau laman sesawang kumpulan (group webpage) seperti 'web forum'. Setiap ahli boleh memilih untuk menerima mesej secara individu atau baca mesej tersebut di 'group post' di laman sesawang kumpulan. Yahoo group juga boleh dibuat untuk bacaan umum atau hanya ahli yang dibenarkan untuk mengakses masuk ke laman sesawang tersebut. ^__^ ()
No comments:
Post a Comment