Tuesday, November 15, 2011

Pengenalan

Assalamulaikum pembuka blog..
Nama diberi Siti Hajar Aisha binti Ismail. Saya merupakan pelajar tahun satu yang mengambil program Pendidikan Khas. Program ini memerlukan saya untuk mengambil kursus Komputer dalam pendidikan sebagai kursus yang wajib. Pada minggu pertama bermulanya sem 1, saya perlu mendaftar masuk ke mana-mana kumpulan (mengikut kesesuaian waktu kelas) bagi kelas Komputer dalam Pendidikan. Dr Siti Fatimah Bt Mohd Yassin merupakan kordinator kumpulan saya iaitu kumpulan S1k3 dan juga penyelaras kepada semua kumpulan dalam kursus tersebut. Kursus ini mengajar saya sebagai bakal guru untuk lebih terkehadapan dalam pengunaan ICT pada masa sekarang. Kursus ini juga mengajar para bakal guru untuk menjadi seseorang yang mempunyai pemikiran yang kritis dan kreatif dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Dr Siti Fatimah juga menekankan agar kami sentiasa meneroka dan meneroka.    ^__^ ()

No comments:

Post a Comment