Untuk tugasan pada kali in ialah mencari dan meneroka tentang C/LMS iaitu Course/Learning Managment System/ Sistem Pergurusan Pembelajaran.Tugasan kali ini memberi peluang kepada saya untuk mengetahui tentang salah satu aplikasi pendidikan yang digunakan pada masa sekarang. Terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan akan kita perolehi sekiranya menggunakan sistem tersebut.

C/LMS merupakan salah satu aplikasi yang digunakan di dalam sistem pendidikan di Malaysia. C/LMS iaitu Course/Learning Managment System/ Sistem Pergurusan Pembelajaran memberi pelbagai kemudahan kepada penggunanya. Sistem ini juga membantu dalam sesi pembelajaran dan pengajaran terutamanya di institut pengajian tinggi awam atau swasta. Sebagai contoh di UKM turut menggunkan sistem tersebut yang dikenali sebagai SPIN iaitu sistem pengajaran dan pembelajaran interaktif pelajar. Pihak kerajaan turut berusaha dalam menyiapkan projek C/LMS ini untuk digunakan pada setiap sekolah yang terdapat di Malaysia. Terdapat 4 jenis Open Source Software untuk C/LMS iaitu:-
- E-Tutor
- Interact
- Internet Course Reader
- SPIN
Bagi penggunaan SPIN di UKM, warga UKM terutamanya pelajar dan pensyarah diwajibkan untuk mendaftar SPIN bagi mendapatkan kata laluan masing- masing. Mereka hanya perlu mendaftar di SPIN dengan masuk ke laman web yang telah disediakan iaitu http://www.spin.ukm.my/. Setelah mendaftar, mereka perlu menunggu selama 24 jam untuk mendapatkan kata laluan tersebut. Setelah mendapat kata laluan tersebut,para pengguna boleh menggunakan semua kemudahan yang terdapat pada sistem tersebut. Dengan penggunaan C/LMS ini para pelajar dapat memuat turun nota-nota kuliah yang telah dimasukkan oleh lecturer masing-masing dengan begitu mudah sekali. Para pensyarah turut boleh memasukan sebarang nota kuliah dan tugasan yang ingin diberikan kepada para pelajar pada bila-bila masa tanpa perlu mengadakan perjumpaan bersama pelajar. Hal ini dapat memudahkan para pelajar dan pensyarah sekaligus dapat menjimatkan masa masing-masing. Para pelajar juga boleh menghantar tugasan masing dengan upload ke dalam sistem dengan mengikut kod kursus masing-masing tanpa perlu terkejar-kejar untuk ke fakulti semata-mata untuk menghantar tugasan. Para pelajar juga memuat turun sebarang bahan pembelajaran multimedia yang telah di upload oleh pensyarah masing-masing seperti bahan yang berbentuk audio atau video. Selain itu, para pelajar turut boleh mencari kursus yang ditawarkan oleh fakulti masing-masing dan juga boleh menambah atau mengugurkan sebarang kursus yang dikehendaki. C/LMS seperti SPIN turut memberi kemudahan kepada para pensyarah untuk membuat sebarang hebahan atau pemberitahuan kepada para pelajar tentang apa sahaja perkara seperti tentang penukaran waktu kelas atau tarikh akhir untuk menghantar tugasan. Antara kelebihan yang terdapat didalam C/LMS / SPIN :-
- memudahkan para pelajar mengakses nota kuliah daripada pensyarah contohnya melalui SPIN yang merupakan alat komunikasi media elektronik.
- memudahkan para pensyarah untuk mengupload nota-nota kuliah melalui penggunaa SPIN yang merupakan salah satu daripada sistem C/LMS.
- memudahkan para pelajar untuk berkomunikasi bersama dengan tenaga pengajar, contohnya SPIN WEB UKM menyediakan alat komunikasi seperti chat, email dan discussion board.
- Pihak pengurusan dan tenaga pengajar universiti contohnya boleh membuat pengumuman penting melalui SPIN.
- SPIN turut memuatkan kalendar di mana para pelajar dapat mengetahui aktiviti atau tarikh-tarikh penting yang melibatkan fakulti.
Selain itu, dalam SPIN WEB UKM juga terdapat kod kursus, set kursus, sesi/semester serta tajuk kursus yang diambil. Di dalam SPIN juga terdapat view course dan dibawah view course terdapat course profile dan di dalam courses profile terdapat juga course info dan di course outline para pelajar boleh melihat performa kursus yang di 'upload' oleh para pensyarah. SPIN UKM juga mengandungi tutorials,launch learning object,model question,references,quiz center,communication,chat,email,discussion board,my task-assigment dan my group serta fast download-lecturer notes dan tutorials. Paparan diatas menunjukkan beberapa jenis C/LMS yang digunakan sekarang. ^__^ ()


No comments:
Post a Comment