Tugasan pada minggu ini ialah 'spreedsheet' iaitu meneroka 'Microsoft Office Excel' dan 'Open Office Calc' dengan membuat perbelanjaan untuk satu tahun dan membuat pengiraan markah dan gred pelajar. Tugasan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kami mengenai penggunaa 'Microsoft Office excel' dan 'Open Office Calc'.
Belanjawan setahun (Open office calc)
Berikut adalah merupakan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk membuat belanjawan:
- Pada mulanya saya mengisi maklumat yang diperlukan terlebih dahulu ke dalam kolum yang telah disediakan seperti tarikh, kesihatan, pengajian, keperluan harian, baki, baki lepas, jumlah masuk dan keluar.
- Kemudian klik pada kolum dibawah tarikh dan 'right click'. Kemudian klik pada 'format cells' dan seterusnya klik numbers.
- Kemudian lihat pada bahagian 'category' dan pilih samada ingin memilih date, time atau nombor. Saya telah memilih 'date' dan akan keluar pada bahagian 'format' beberapa jenis format tarikh yang boleh dipilh, samada 1/30/2011 , 30 January 2011 atau 1/30/11. Kemudian klik 'ok'.
- Kemudian klik pada kolum tarikh dan tarik sehingga ke tarikh yang terakhir.
- Langkah yang seterusnya , isi semua maklumat belanjawan seperti perbelanjaan untuk makanan pada setiap hari sehingga sebulan.
- Kemudian, untuk mengetahui berapakah jumlah keluar pada setiap hari, kita klik pada kolum jumlah keluar dan seterusnya klik pada pada 'sum' kemudian cipta formula untuk menentukan jumlah perbelanjaan yang telah digunakan pada harii tersebut dan klik pada tanda 'betul' atau 'x'.
- Setelah membuat formula tersebut, terus tarik dari kolum pertama sehingga yang terakhir.
- Langkah - langkah untuk mencari jumlah masuk, baki adalah sama seperti langkah yang telah di terangkan di atas.
- Kemudian, untuk melakukan belanjawan pada bulan berikutnya pula saya hanya perlu 'copy dan paste' semula formula yang telah dicipta pada lampiran belajawan bulan pertama.
- Seterusnya, untuk membawa baki bulan ke bulan hadapan, saya hanya perlu klik pada kolum baki bulan lepas di belanjawan kedua dan klik pada 'sum' dan klik pada baki belajawan bulan pertama dan klik pada tanda 'betul', dengan itu, secara automatik baki pada setiap bulan mempuyai 'link'.
- Langkah yang terakhir ialah warnakan jadual belanjawan tersebut untuk menampakkannya lebih menarik. ^_^
Pengiraan markah dan gred pelajar
Tugasan berikutnya ialah membuat pengiraan terhadap markah dan gred pelajar dengan menggunakan 'Microsoft Excel'. Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat pengiraan markah dan gred para pelajar:
- Langkah yang pertama ialah isi kesemua data yang diperlukan iaitu nama, matapelajaran, markah yang diperolehi, gred (kosongkan), jadual_markah_dan_gred, average(AVERAGE), standard deviation (STDEV), minimum (MIN), maksimum (MAX).
- Kemudian 'defined' semua data yng telah dimasukkan td kecuali nama. klik pada 'formulas' dan klik pada 'defined name'.
- Langkah yang seterusnya ialah membuat formula untuk menentukan gred pada setiap markah yang diperolehi oleh para pelajar.
- Untuk menentukan gred klik pada 'formulas' dan klik pada 'lookup and reference'. Seterusnya klik pada 'vlookup' dan isi kesemua data yang di perlukan dan terus tarik sahaja sehingga nama pelajar yang terakhir.
- Manakala untuk average, standard deviation, minimum dan maksimum pula klik pada 'formulas' juga dan klik pada 'more function', pilih formula dan isi data yang diperlukan kemudian tarik sehingga matapelajaran yang terakhir.
- Berikutnya ialah untuk menentukan berapa orang yang mendapat gred A, A-, B, B- dan seterusnya.
- Mula-mula 'defined' terlebih dahulu setiap matapelajaran yang diisi di sebelah jadual markah dan gred. kemudian klik pada 'more function' dan klik pada formula 'countif' dan isikan data yang diperlukan dan tarik sehingga ke matapelajaran yang terakhir.
- Kemudian, klik pada 'insert' untuk masukan graf ke dalam jadual. pilih jadual yang sesuai da tarik gred dan matapelajaran.
- Langkah yang terakhir ialah klik pada 'home' dan klik pada 'conditional formatting' dan pilih samada mahu 'above average' atau 'below average'. ^_^
No comments:
Post a Comment