Tugasan pada minggu ke-6 ialah merupakan kesinambungan daripada tugasan minggu ke-5 iaitu yang berkaitan dengan tajuk 'Thinking skill and ICT'. Untuk tugasan minggu ini, kami telah membuat 10 soalan dengan menggunakan 'Survey Monkey' berkaitan dengan tajuk yang telah dibincangkan oleh kami. Sebelum membuat soalan dengan menggunakan 'Survey Monkey' saya terlebih dahulu mendaftar dan meletakkan kata laluan. Berikut adalah langkah-langkah yang telah dilakukan oleh saya.
Sebelum membuat soalan di 'Survey Monkey' saya telah mendaftar akaun terlebih dahulu, dengan klik pada 'sign up'. Kemudian isikan semua maklumat-maklumat penting yang diperlukan seperti 'ussername', kata laluan dan email yang aktif. Setelah selesai mengisi semua maklumat yang diperlukan, klik pada 'sign up' dan boleh terus membuat soalan yang dikehendaki.
Setelah mendaftar, saya terus membuat soalan-soalan yang dikehendaki. Pada tahap ini, pelanggan hanya dibenarkan membuat 10 soalan sahaja. Sekiranya ingin membuat soalan lebih daripada 10, pelanggan dikehendaki untuk 'upgrade' dengan melanggan dan membayar jumlah yang telah ditetapkan. Tersebut ialah langkah-langkah untuk membuat soalan dengan menggunakan 'Survey Monkey':
- Saya terlebih dahulu klik pada 'create survey' dan pergi ke laman untuk membuat soalan.
- Untuk membuat soalan, soalan yang ingin dibuat perlu ditaip di dalam kotak yang telah disediakan dengan klik pada 'add question'.
- Kemudian klik pada 'add page' sekiranya hendak menambah soalan yang lain.
- Setelah klik pada 'add question', kita boleh klik pada 'question type' untuk memilih jenis soalan yang dikehendaki.
- Setelah selesai membuat soalan, terus klik save.
- Kemudian, setelah selesai membuat semua soalan yang dikehendaki kita perlu klik pada 'send survey'.
- Kemudian 'copy' link soalan yang telah diberikan dan post kepada rakan-rakan untuk menjawab soalan yang telah dilakukan.
- Kemudian, setelah 'post' kepada rakan-rakan kita boleh melihat jumlah atau analisis survey tersebut dengan klik pada 'analysis survey'.
- Setelah masuk ke laman tersebut, kita boleh lihat berapa peratus jawapan yang telah dijawab oleh responden.
- Kita dapat membuat laporan dengan melihat kepada analisia yang telah ditunjukkan.
soalan di google docs
Selain daripada membuat soalan di 'Survey Monkey', kita juga boleh membuat soalan di 'Google Docs'. Langkah-langkah untuk membuat soalan di 'Google Docs' hampir sama dengan membuat soalan di 'Survey Monkey'. Berikut ialah langkah-langkah untuk membuat soalan di 'Google Docs :
- Untuk langkah yang pertama, 'sign in' terlebih dan klik pada 'account setting' dan klik pada 'Docs-setting' untuk masuk ke laman 'Google Docs'.
- Setelah masuk ke laman 'Google Docs', terus klik pada 'create' dan 'form' untuk membuat soalan.
- Kemudian klik pada 'untitled form' yang berfungsi untuk menulis tajuk soalan yang ingin dibuat.
- Kemudian, klik pada 'question type' untuk memilih soalan yang ingin dibuat seperti 'multiple choice'.
- Untuk meneruskan kepada soalan yang seterusnya, hanya perlu klik pada 'sample question' dan mengikut semula langkah-langkah yang telah lakukan untuk soalan pertama sebentar tadi.
- Dengan menggunakan 'Google Docs', kita dapat 'design' soalan kita untuk menjadi lebih cantik dan menarik.
- Kemudian kita boleh 'post' atau 'share' soalan yang telah dilakukan kepada rakan-rakan untuk dijawab. ^_^ ()
No comments:
Post a Comment