Friday, November 18, 2011

Tugasan minggu ke-5 (Research Process)

Assalamualaikum pembuka blog..

Tugasan kursus komputer dalam pendidikan pada minggu ini ialah mengkaji dengan lebih mendalam tentang tajuk tugasan yang lepas, iaitu Thinking Skill and ICT. Untuk mengkaji tajuk ini dengan lebih mendalam saya mencari maklumat yang diperlukan di Google book, Google Scholar dan juga journal dengan melayari laman web pustaka UKM. Tugasan ini telah memberikan pemahaman yang lebih mendalam kepada saya berkaitan dengan topik tersebut yang sebelum ini tidak pernah saya ketahui.

STUDY ON EDUCATIONAL RESEARCH PROCESS

LITERATURE REVIEW

Tugasan Minggu ke-3/4 ( Thinking Skill and ICT )

Assalamualaikum pembuka blog..

Pada minggu ini, kumpulan kami ditugaskan untuk mencari, mengupas, dan meneroka tentang tajuk yang diberikan. Antara tajuk-tajuk yang diberikan ialah :-

  • 21st century skill
  • E-Learning and Mobile Learning
  • Thinking Skill and ICT
  • Operating System
  • Computer and Society
  • Open Source Software
  • Internet and Computer Security (Virus, Spam , Phishing)
  • Information Literacy
  • Web 2.0 in Education
  • Original and Licensed Software
Kami dikehendaki untuk berbincang bersama-sama dengan pasangan masing-masing tentang tajuk yang diperolehi. Kesemua tajuk-tajuk tersebut mempunyai hubung kait antara satu sama lain. Bagi kumpulan saya, kami perlu membincangkan tajuk yang memerlukan kami untuk berfikir pada aras yang tinggi iaitu 'THINKING SKILL AND ICT'.

Meng'upload' fail ke Google Docs.

Assalamualaikum pembuka blog....

Setiap tugasan yang telah saya siapkan memerlukan saya untuk meng'upload' tugasan tersebut ke dalam google docs. Tujuan meng'upload' tugasan-tugasan di dalam google docs ialah untuk memastikan dokumen yang penting tidak hilang walaupun terjadi apa-apa kepada komputer riba atau komputer. Hal ini demikian kerana fail yang telah di 'upload' ke dalam googla docs itu tadi akan disimpan dalam akaun google kita. Selain itu, kita juga bolah 'share' dokumen yang kita kehendaki bersama-sama dangan sahabat kita. Terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk meng'upload' dokumen ke dalam google docs, iaitu:-



Langkah pertama yang harus dilakukan adalah dengan 'sign in' ke akaun Google yang telah sedia ada (pastikan mendaftarkan akaun Google terlebih dahulu sebelum meng'upload' dokumen yang dikehendaki  (iaitu email gmail)).


 Kemudian, setelah 'sign in' email gmail kita pergi pada 'web history' dan klik di situ. Selepas klik, pada 'web history' kita klik pula pada 'account setting' seperti yang ditunjukkan pada paparan di atas.

 Kemudian, setelah kita klik pada 'account setting' lihat pada bahagian kiri sekali ataupun bahagian tengah di bawah bahagian edit kita akan nampak perkataan 'Docs-settings' (seperti paparan di atas). Kemudian terus klik pada 'Docs-setting' dan akan keluar laman google docs

 Setelah kita masuk ke laman Google Docs kita pergi pada 'create' yang terdapat pada bahagian kiri laman dan klik disitu. Sekiranya kita ingin menyimpan sebarang dokumen, jadi kita perlu klik pada bahagian 'dokumen' seperti yang telah ditunjukkan di atas.


 Seterusnya, setelah klik pada 'dokumen' akan keluar paparan seperti di atas. Untuk meng'upload' dokumen ke dalam Google Docs kita perlu upload file yang telah di simpan di dalam laptop terlebih dahulu dengan menggunakan cara yang mudah, iaitu 'copy' dan 'paste' pada Google Docs itu tadi. Setelah selesai memasukkan dokumen yang dikehendaki, kita boleh klik 'share' sekiranya kita ingin berkongsi dokumen tersebut dengan orang lain dengan menjemput dengan menghantar email invitation kepada mereka.  ^__^  ()

Thursday, November 17, 2011

Tugasan Minggu ke-2 (C/LMS)

Assalamulaikum pembuka blog..
Untuk tugasan pada kali in ialah mencari dan meneroka tentang C/LMS iaitu Course/Learning Managment System/ Sistem Pergurusan Pembelajaran.Tugasan kali ini memberi peluang kepada saya untuk mengetahui tentang salah satu aplikasi pendidikan yang digunakan pada masa sekarang. Terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan akan kita perolehi sekiranya menggunakan sistem tersebut.





C/LMS merupakan salah satu aplikasi yang digunakan di dalam sistem pendidikan di Malaysia. C/LMS iaitu Course/Learning Managment System/ Sistem Pergurusan Pembelajaran memberi pelbagai kemudahan kepada penggunanya. Sistem ini juga membantu dalam sesi pembelajaran dan pengajaran terutamanya di institut pengajian tinggi awam atau swasta. Sebagai contoh di UKM turut menggunkan sistem tersebut yang dikenali sebagai SPIN iaitu sistem pengajaran dan pembelajaran interaktif pelajar. Pihak kerajaan turut berusaha dalam menyiapkan projek C/LMS ini untuk digunakan pada setiap sekolah yang terdapat di Malaysia. Terdapat 4 jenis Open Source Software untuk C/LMS iaitu:-
  • E-Tutor
  • Interact
  • Internet Course Reader
  • SPIN
Bagi penggunaan SPIN di UKM, warga UKM terutamanya pelajar dan pensyarah diwajibkan untuk mendaftar SPIN bagi mendapatkan kata laluan masing- masing. Mereka hanya perlu mendaftar di SPIN dengan masuk ke laman web yang telah disediakan iaitu  http://www.spin.ukm.my/. Setelah mendaftar, mereka perlu menunggu selama 24 jam untuk mendapatkan kata laluan tersebut. Setelah mendapat kata laluan tersebut,para pengguna boleh menggunakan semua kemudahan yang terdapat pada sistem tersebut. Dengan penggunaan C/LMS ini para pelajar dapat memuat turun nota-nota kuliah yang telah dimasukkan oleh lecturer masing-masing dengan begitu mudah sekali. Para pensyarah turut boleh memasukan sebarang nota kuliah dan tugasan yang ingin diberikan kepada para pelajar pada bila-bila masa tanpa perlu mengadakan perjumpaan bersama pelajar. Hal ini dapat memudahkan para pelajar dan pensyarah sekaligus dapat menjimatkan masa masing-masing. Para pelajar juga boleh menghantar tugasan masing dengan upload ke dalam sistem dengan mengikut kod kursus masing-masing tanpa perlu terkejar-kejar untuk ke fakulti semata-mata untuk menghantar tugasan. Para pelajar juga memuat turun sebarang bahan pembelajaran multimedia yang telah di upload oleh pensyarah masing-masing seperti bahan yang berbentuk audio atau video. Selain itu, para pelajar turut boleh mencari kursus yang ditawarkan oleh fakulti masing-masing dan juga boleh menambah atau mengugurkan sebarang kursus yang dikehendaki. C/LMS seperti SPIN turut memberi kemudahan kepada para pensyarah untuk membuat sebarang hebahan atau pemberitahuan kepada para pelajar tentang apa sahaja perkara seperti tentang penukaran waktu kelas atau tarikh akhir untuk menghantar tugasan. Antara kelebihan yang terdapat didalam C/LMS / SPIN :-

  • memudahkan para pelajar mengakses nota kuliah daripada pensyarah contohnya melalui SPIN yang merupakan alat komunikasi media elektronik.
  • memudahkan para pensyarah untuk mengupload nota-nota kuliah melalui penggunaa SPIN yang merupakan salah satu daripada sistem C/LMS.
  • memudahkan para pelajar untuk berkomunikasi bersama dengan tenaga pengajar, contohnya SPIN WEB UKM menyediakan alat komunikasi seperti chat, email dan discussion board.
  • Pihak pengurusan dan tenaga pengajar universiti contohnya boleh membuat pengumuman penting melalui SPIN.
  • SPIN turut memuatkan kalendar di mana para pelajar dapat mengetahui aktiviti atau tarikh-tarikh penting yang melibatkan fakulti. 
Selain itu, dalam SPIN WEB UKM juga terdapat kod kursus, set kursus, sesi/semester serta tajuk kursus yang diambil. Di dalam SPIN juga terdapat view course dan dibawah view course terdapat course profile dan di dalam courses profile terdapat juga course info dan di course outline para pelajar boleh melihat performa kursus yang di 'upload' oleh para pensyarah. SPIN UKM juga mengandungi tutorials,launch learning object,model question,references,quiz center,communication,chat,email,discussion board,my task-assigment dan my group serta fast download-lecturer notes dan tutorials. Paparan diatas menunjukkan beberapa jenis C/LMS yang digunakan sekarang.  ^__^  ()

Wednesday, November 16, 2011

Perbezaan antara Yahoo! mail dan Yahoo! group.

Yahoo mail merupakan perkhidmatan emel yang berasaskan 'web' iaitu (webmail). Servis yang disediakan oleh Yahoo ini telah dilancarkan pada tahun 1997, dan menurut comscore Yahoo mail juga merupakan 'web based e-mail' yang kedua terbesar. Yahoo memperkenalkan pengiriman emel yang tidak mempunyai had kepada pengunanya. Para pengguna boleh menghantar emel kepada sesiapa sahaja tanpa dikenakan sebarang had oleh Yahoo.Yahoo mail digunakan apabila penghantar ingin menghantar email terus kepada pengirim.Yahoo mail juga dikatakan lebih bersifat peribadi berbanding dengan yahoo groups kerana email hanya dapat dibaca oleh penerima sahaja. Hal ini demikian kerana Yahoo mail dapat dijadikan lebih peribadi antara 2 pihak sahaja.
Manakala Yahoo groups pula merupakan koleksi perbincangan terbesar di dunia, iaitu perbincangan menerusi internet atau maya sahaja. Yahoo group akan digunakan apabila sesebuah kumpulan yang telah ditubuhkan ingin membuat sebarang pebincangan dengan lebih cepat dan mudah.Setiap ahli mampu memberikan pandangan mereka dan 'post' kepada ahli kumpulan mereka, dengan ini setiap ahli kumpulan mereka dapat membaca idea yang telah dicadangka dan dapat memberi pendapat masing-masing. Mesej kumpulan tersebut boleh dibaca dan 'post' oleh emel atau laman sesawang kumpulan (group webpage) seperti 'web forum'. Setiap ahli boleh memilih untuk menerima mesej secara individu atau baca mesej tersebut di 'group post' di laman sesawang kumpulan. Yahoo group juga boleh dibuat untuk bacaan umum atau hanya ahli yang dibenarkan untuk mengakses masuk ke laman sesawang tersebut.   ^__^ ()

Pengenalan Perbezaan antara Yahoo! mail dan Yahoo! group.

Assalamualaikum pemuka blog..

Pada minggu yang seterusnya saya ditugaskan untuk mencari dan meneroka tentang perbezaan antara Yahoo! mail dan Yahoo groups. Tugasan ini memberikan saya banyak pendedahan dan maklumat tentang penggunaan dan fungsi Yahoo! mail dan Yahoo! groups itu sendiri. Berikut ialah perbezaan antara Yahoo! mail dan Yahoo! groups yang dapat saya temui. ^__^ ()

Mendaftar Google account dan Blog

Setelah selesai mendaftar Facebook dan Facebook groups, saya mendaftar pula Google account untuk membuat Blog. Klik pada laman web blog dan akan keluar 'blog sign up'. Seterusnya klik pada 'blog sign up' dan akan keluar laman seperti yang dipaparkan diatas. Google account perlu didaftarkan dengan menggunakan email yang telah didaftarkan samada email Yahoo! atau Gmail. Kemudian klik 'continue' untuk membuka akaun blog pula. Kita hanya perlu mengikut langkah-langkah yang telah ditunjukkan dengan baik. Setelah semuanya selesai, kita boleh mula membuat blog  mengikut kehendak masing-masing. ^__^ ()