Minggu yang ke -14 merupakan minggu yang terakhir dan juga merupakan tugasan yang terakhir yang perlu disiapkan oleh kunpulan kami. Tugasan ini merupakan tugasan yang berkaitan dengan 'database'. Tugasan ini. dapat diselesaikan dengan menggunakan 'Microsoft Office Acess' atau 'Open Office Base'. Langkah - langkah untuk membuat database adalah sama untuk 'Microsoft Office Acess' atau 'Open Office Base'.
- Langkah pertama untuk,membuat database ialah dengan klik pada 'create' iaitu untuk membuat database yang baru.
- Kemudian saya klik pada 'design view' untuk menjadikan dalam bentuk jadual dan mudah untuk difahami.
- Seterusnya saya mengisi kesemua data-data yang diperlukan untuk yang menghasilkan database seperti no matrik, nama pelajar, nama ibu/bapa, kegiatan ko-kurikulum dan kurikulum.
- Pada setiap maklumat yang dimasukkan ia perlu mempunyai data yang diletakkan 'primary key' dan data tersebut perlu ada pada setiap kategori yang dimasukkan seperti pada no matrik.
- Kemudian, saya teruskan dengan klik pada 'create' dan klik pada 'table' untuk menambah lagi jadual yang lain untuk mengisi data yang lain.
- Setelah mengisi semua data yang dikehendaki, klik pada 'database tool' dan klik pada 'relationship' untuk mengaitkan setiap data.
- Kemudian klik pada 'create' dan klik pada form untuk mengisi maklumat pelajar tersebut. Untuk mengisi 'form' tersebut 'right click' dan klik pada 'form view'
- Setelah mengisi kesemua maklumat dengan lengkap seperti alamat, nama pelajar dan no pelajar klik pada 'create' dan terus klik pada 'query wizard' dan klik 'simple query wizard'.
- Kemudian klik pada 'create' dan klik report untuk setiap data pelajar yang telah dimasukkan tadi.
- *setiap kali membuat sebarang perubahan atau mengisi data, perlu di 'save' terlebih dahulu.^_^ ()